Mari menderma dengan klik pada semua iklan yang ada dalam blog ni.... ��������

Rabu, 28 Mei 2008

Ethernet

Apakah Ethernet?

ETHERNET adalah keluarga bagi rangkaian komputer bagi rangkaian kawasan setempat (LANs).

Namanya diambil daripada konsep fizikal ether yang mengenalpasti bilangan wayar dan piawaian isyarat bagi lapisan fizikal menerusi akses rangkaian pada Kawalan Akses Media (MAC)/Data lapisan talian dan format alamat biasa.

Ethernat dibangunkan di Xerox PARC pada 1973 hingga 1975 oleh Robert Matcalfe dan David Boggs.

Isnin, 26 Mei 2008

Sistem komputer


Sistem komputer merupakan satu gabungan perisian dan perkakasan komputer yang memproses data secara bermakna. Sebagai contoh, komputer peribadi atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah. Manakala Internet merupakan satu sistem komputer yang agak rumit.
Komputer yang paling mudah pun dikira sebagai satu sistem komputer, kerana kedua-dua komponennya (perisian dan perkakasan) perlu bekerjasama. Dan bila berkata tentang sistem komputer, satu perkara yang turut diperkatakan ialah "saling sambungan" (interconnection). Kebanyakan sistem komputer saling bersambung/berhubung untuk menjadi sistem yang lebih besar. Penyambungan ini boleh menjadi rumit disebabkan oleh ketakserasian antara perisian-perisian dan perkakasan-perkakasan sistem tersebut.
Pereka sesuatu sistem komputer mungkin tidak mengambil kira faktor sambungan produk mereka dengan sistem lain, contohnya Mac dengan PC. Menjadi tugas penyelia sistem (systems administrator) untuk menghubungkan pelbagai komputer menggunakan satu set peraturan dan kekangan yang dipanggil protokol; yang mentakrifkan "pandangan luar" (outside view) sistem tersebut. Pandangan luar inilah yang menentukan bagaimana satu sistem bersambung dengan sistem yang lain. Jika dua sistem mempunyai pandangan luar yang sama, maka ia boleh saling bersambung dan menjadi sistem komputer yang lebih besar.
"Pandangan luar" ini biasanya mempunyai piawai tersendiri, yang bermakna ia mempunyai satu dokumen yang menerangkan semua peraturan yang perlu dipatuhi sesuatu program atau peranti. Badan antarabangsa seperti Pasukan Bertindak Kejuruteraan Internet (IETF) atau Institut Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (IEEE) biasanya menghasilkan atau mengiktiraf piawaian-piawain tersebut. Jika sesuatu sistem mengikut segala peraturan tersebut, ia dikatakan "mematuhi" piawaian tersebut.
Organisasi sistem komputer merupakan cara sesuatu ciri itu dilaksanakan. Ia melihat bagaimana pereka sistem menggambarkan maklumat kepada CPU, ingatan utama dan storan komputer.

Jalur Asas (Baseband)

Penghantaran data jalur asas (baseband) menggunakan Pengekodan Manchester untuk menghantar data melalui bas tersebut. Isyarat jalur asas menggunakan kesemua spektrum kabel dan hanya satu isyarat dapat dihantar pada seketika. Oleh sebab itu, hanya satu stesen kerja haruslah menghantar data pada sesuatu ketika supaya mengelakkan perlanggaran isyarat (signal collision). Protokol Kawalan Pencapaian Media (Media Access Control Protocol) digunakan untuk mengawal pencapain bas tersebut. Ini berlawanan dengan jalur lebar (broadband) yang membenarkan penghantaran dua atau lebih isyarat secara serentak.
Namun, penghantaran isyarat secara jalur asas adalah dwihala (bidirectional), dan isyarat daripada sesuatu stesen kerja dihantar melalui kedua-dua hala kabel yang disambung kepadanya.

Jalur lebar (Broadband)

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).
Kelebihan
Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.
Internet jalur lebar
Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.
Multiplexing
Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa - multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa - multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.

Mari menderma dengan klik iklan dibawah....